let's not think about it.
Khamis, 9 Februari 2017 @ 7:53 PG
 
Kita hanya perlu beberapa minit saja sehari, di mana ia boleh mengubah penampilan dan kehidupan kita. Kemudahan gajet seperti alat pengukur langkah beberapa tahun lalu dapat membantu kita untuk menjadi sihat dan kekal langsing dengan memastikan kita dapat membuat 10,000 langkah setiap hari.

Walaupun mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, tambahan pula ia percuma dan mudah, akan tetapi satu daripada empat orang dewasa masih sukar untuk melakukan aktiviti ini selama satu jam seminggu. 👣

CARA HIDUP MODEN

Kisah sedih dan menakutkan akibat corak kehidupan yang tidak sihat seolah-olah tidak memberikan pengajaran kepada segelintir orang. Mengikut kajian yang dijalankan, hanya 45% orang dewasa cuma mampu berjalan selama 2 jam seminggu.

Seperti kebanyakan perkara, corak kehidupan moden tidak boleh disalahkan. Kaji selidik mendapati bahawa 42% daripada kita hanya perlu memandu kurang daripada 2 kilometer untuk pergi ke gimnasium atau ke taman rekreasi untuk pergi berjalan di atas batu injakan atau beriadah.

Cuba fikir kembali. Apa yang anda perlukan adalah hanya berjalan kaki selama 30 minit 5 hari seminggu untuk mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko anda daripada kencing manis dan strok.

KESIHATAN LEBIH BAIK

Kita tidak perlu melakukan semuanya sekali gus. Berjalan kaki sebenarnya bukanlah satu senaman tetapi ia adalah sesuatu yang kita secara semula jadi perlu lakukan sepanjang masa sebagai manusia.

Pakar kesihatan menggalakkan orang ramai untuk meningkatkan jumlah jarak mereka berjalan kaki sedikit demi sedikit. Daripada merasa anda tidak mempunyai masa untuk pergi berjalan kaki yang panjang. Namun begitu. ramai antara kita yang sentiasa sibuk dengan kerja dan keluarga masih mampu untuk mencari masa berjalan kaki selama 1/2 hingga 1 jam setiap hari.

Berjalan kaki dapat membuat anda kelihatan lebih baik, membantu tidur anda, tumpuan, meningkatkan tenaga dan kesihatan jantung.

Ia mungkin mengambil masa tetapi ganjarannya membuat kita lebih produktif dan bahagia. Cubalah panduan ini dan lihat jika anda merasakan perbezaannya.

Mari kita mempraktikkan dan mencuba tip ini untuk mendapatkan lebih banyak berjalan setiap hari. Anda mungkin mendapati diri anda mendapat satu tabiat yang baik:

Berulang-alik Berjalan Kaki

Cuba berjalan ke tempat kerja jika ia realistik. Jika ia terlalu jauh, berjalan kaki sebahagian daripadanya. Ia mungkin bermakna turun stesen tren atau bas sedikit lebih jauh daripada stesen biasa. Manakala, jika anda memandu, cuba letakkan kereta anda lebih jauh dari pejabat.

Naik Turun Tangga

Lakukan perubahan sekurang-kurangnya 1 tingkat sehari dengan menggunakan tangga. Gunakan tangga daripada lif sekerap yang mungkin sama ada naik atau turun ke tingkat yang lain. Jika anda bekerja di bangunan pencakar langit, turun dua tingkat lebih awal dan berjalan menaiki tangga ke tingkat anda.

Pergi Ke Tandas Yang Lebih Jauh

Ia mungkin sukar untuk anda menjauhi meja anda apabila anda sedang sibuk dengan tugasan, tetapi sebaik sahaja anda bangun dan berjalan di sekitar pejabat. Ia dapat memberikan kaki anda sedikit regangan. Anda akan mendapati tumpuan dan produktiviti anda juga bertambah baik.

Gunakan Waktu Rehat Tengah Hari Anda

Jika anda dapat menguruskan masa dengan baik, apa yang anda perlukan adalah 15 minit untuk berjalan secara optimum pada waktu rehat tengah hari. Cuba untuk berjalan pantas. Ia akan membuatkan darah anda bergerak ke seluruh tubuh dan mempersiapkan anda untuk petang yang lebih baik.

Tingkat Sistem Pencernaan, Tidur Lebih Lena

Ajak pasangan anda, keluarga atau rakan untuk berjalan kaki sambil berbual di sekitar kawasan kejiranan anda selama 15 hingga 30 minit selepas makan malam. Ia membantu sistem pencernaan anda dan tidur yang lebih lena. Sebagai tambahan, ia membuatkan anda akan berasa kurang bersalah kerana tidak bersenam di gimnasium.

Semoga bermanfaat kepada semua  😁 👣

Ia adalah cara yang paling mudah untuk mengubah hidup anda. Kira-kira hanya 1/4 daripada kita mampu untuk berjalan kaki selama 1 jam seminggu, apatah lagi untuk berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk menjaga kesihatan kita

🌺45% orang dewasa cuma mampu berjalan 2 jam seminggu🌺

🌺30 minit diperlukan untuk berjalan kaki selama 5 hari seminggu🌺
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03