let's not think about it.
Selasa, 10 Januari 2017 @ 9:18 PTG
 

Soalan: Kenapa ada ramai orang yang ikut usrah, tapi dia still tak berubah gak?

⋯⋯

Tarbiah ni, ada TIGA bahagian secara ringkas:

1)Tarbiah jam'iyyah(Tarbiah beramai-ramai).
- Contohnya, usrah, katibah, daurah, dan yang sama waktu dengannya.

2)Tarbiah fardiah(Tarbiah seseorang kepada seseorang yang lain).
-Seperti naqib kita datang personal kat kita, atau ada orang datang tegur dan bimbing kita face to face, personal.

3)Tarbiah Dzatiah(Tarbiah diri kita kepada diri kita sendiri!)
-Seperti amal fardi kita, pembacaan kita dan segala-gala amal yang kita buat untuk diri kita.

⋯⋯

Antara TIGA ni, sebenarnya, TARBIAH DZATIAH adalah penentu, kau jadi orang yang hebat dalam tarbiah dan dakwah atau tidak!

⋯⋯

Bayangkan, kalau kau just harapkan tarbiyah jam'iyyah dan fardiyyah untuk kau jadi baik, mustahil. Kenapa? Kau tengok betul-betul.

Usrah setiap minggu sekali. Sekali paling-palingpun 3 jam. Kalau sebulan, jadi12 jam. Itupun kalau kita datang tiap minggu.

Katibah dan daurah, sebulan sekali. Katibah biasa start lepas maghrib, campur-campur, ada dalam 15 jam. Itupun kalau kita datang.

Riadhah tiap minggu sekali dalam 3 jam. Sebulan, jadi 12 jam.

Di tambah program-program umum dan sebagainya, kasi extra 5 jam. Juga, kuliah-kuliah di surau dan masjid yang kita pergi, tambah lagi 5 jam.

Dan, masa yang kita luang untuk pegang anak buah usrah(bagi yang jadi naqib), tambah lagi 12 jam.

⋯⋯

Jadi, kalau tambah-tambah:
12+15+12+5+5+12=61 jam.

Sebulan ada 720 jam.

61/720x100=8%!!!

Bermakna, kita pergi usrah selama ni, katibah dan lain-lain, kita baru guna 8% jam kita untuk agama! Inipun ramai yang tak dapat komit. Baru 8 peratus syeikh! Takkan itu pun kita tak mampu dan sering memberi alasan?

Lagi 92% jam adalah, kita dengan diri kita sendiri! Tarbiah Dzatiah!!

Sebab itulah, kalau kita guna 92% jam tu untuk tarbiah diri kita, qiam, baca quran, zikir pada Allah, tingkatkan pembacaan buku-buku fikrah dan dakwah, solat jemaah 5 waktu, tinggalkan maksiat dan sebagainya!

Kerana itu, kita boleh tengok, ramai je orang yang ikut usrah, tapi kenapa dia tak berubah lagi? Kerana, dia gunakan 92% waktunya untuk perkara yang sia-sia.

Muhasabahlah. Dahlah 8% tu pun kita datang tak datang, 92% lagi buat benda yang mengarut. Adakah kita layak masuk syurga dengan pengorbanan yang amat memalukan ini?

Ya Allah...
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03