Ahad, 18 Mei 2014 @ 12:51 PG
Hey... lama x post. Tengok ja blog ni sambil berfikir 'Bila nak post ni?' Alhamdulillah akhirnya post juga untuk bulan ni. Wani citer sikit pasal sahabat. Kak senior wani kata Susah nak dapat sahabat tapi kita ramai kawan. Memang susah pon nak cari sahabat yang boleh bimbing kita ke jannah tapi jangan putus asa sentiasa berusaha untuk mencari. Wani cari apa maksud antara sahabat, kawan, rakan dan kenalan dan sekarang wani faham.
SAHABAT
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri
kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain,
sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan
hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat
adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita
berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan
kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah
orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan
kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya.
Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada
bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat
adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
KAWAN
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara
seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan
dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi
dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan
sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui
individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap,
tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa
seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka
selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya
tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
RAKAN
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang
yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat
dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan,
kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu
tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh
belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan
berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan
rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai
sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula
rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
KENALAN
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger.
Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu,
maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi
dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan
sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana,
di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang
kita pernah kenal di internet.
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada
menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang
lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala
wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka
boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan
penyelesaian masalah.
Itulah yang wani boleh kongsi. Sebelum mencari sahabat apa kata kita cuba menjadi sahabat si dia dengan bimbing dia menuju jannah bersama.
|