let's not think about it.
Ahad, 8 Jun 2014 @ 5:40 PG

Alhamdulillah, rancangan Musykil Muslimah episod 3 membincangkan topik "Ikal Mahkota Durjana" bersama Ustazah Isfadiah. Disini Wani ingin mengupas serba sedikit persoalan yang dibincangkan.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam nereka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya... (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

1) Mengapa Islam meletakkan rambut sbg aurat?
*Rambut adlh sebahagian aurat wanita yg perlu ditutup. Rambut merupakan wakil kepada seluruh aurat wanita. Dalam Islam status wanita cukup tinggi dan mulia. Rambut merupakan mahkota dan mahkota sgt bernilai jika dilindungi. Memakai tudung itu tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat.

2) Siapakah yg mendapat pelepasan/keringanan tidak menutup aurat?
*Hamba Abdi - status mereka adalah sumber tenaga pd zaman itu. (kini sdh tiada hamba abdi)
*Wanita2 yang sdh lanjut usia yg tidak nafsu (sudah hilang rasa/naluri syahwat)

3)Apa pndgn pula mengenai teknik rambut moden (perm,rebonding,keriting,rambut palsu dan sbgnya)
*Boleh,tetapi ada syaratnya.
-Harus untuk memakai rambut palsu tetapi pengusaha rambut palsu itu perlu memastikan bhw rambut palsu itu bkn drpd bahan2 larangan dan tidak memudaratkan pada tubuh badan kita.

4)Apa yg membolehkan kita memakai rambut palsu?
*Boleh jika utk self confident dihadapan suami kita.
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang biasa nampak daripadanya." (Surah An-Nur: Ayat 31)

5)Mengapakah wanita muslimah dilarang menggunting rambut di kedai bukan Islam?
*Kerana unsur perbezaan agama. batas aurat sama dengan lelaki bukan mahram. Namun, dalam pndngn majoriti ulama dama Mazhab Syafie mengharuskan.

6) Boleh tak wanita mandi hadas besar dalam keadaan rambut bersanggul?
- Boleh jika cukup kita siram disanggul 3 kali air kerana air menyerap .

                                               
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03