let's not think about it.
Khamis, 6 Februari 2014 @ 1:00 PG
   
PPMR atau pun Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah dikatakan akan menggantikan PMR. Dan bukannya PBSMR seperti yang dicanangkan pada awalnya. Kontroversi peperiksaan yang bakal menggantikan PMR bermula tahun ini
berlanjutan dengan tiada mana-mana pihak yang berani tampil untuk memberi keterangan yang lebih jelas.

PPMR Ganti PMR, Bukan PBSMR

Kronologinya pada bulan Oktober
lalu, KPM dilaporkan akan memansuhkan PMR dan menggantikan dengan peperiksaan baru iaitu PBSMR (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah). Sumber

Maklumat yang diterima oleh para guru juga adalah mengenai kewujudan PBSMR dan sangat terhad. Gambaran awal yang kurang jelas diberikan hanya secara umum. Sebagai contohnya, peperiksaan terbahagi kepada 3 jenis instrumen pengujian seperti Ujian bertulis dan lisan bagi subjek bahasa, Ujian bertulis bagi subjek Sains dan Matematik dan pelbagai istrumen bagi subjek lain.

Pengumuman ini tentulah memberi respon berbeza yang turut meresahkan ibubapa, pelajar dan golongan pelaksana iaitu guru. Banyak perkara yang perlu dijelaskan oleh para guru kepada pelajar dan ibubapa. Apatah lagi dengan tempoh bagi peperiksaan tersebut untuk berlangsung (iaitu cuma tahun ini sahaja) dan juga bentuk atau format bagi peperiksaan yang akan dilaksanakan.

Dalam kebingungan dan kekaburan semua pihak, kita dikejutkan lagi dengan berita yang mengatakan bahawa sebenarnya PBSMR tidak wujud. Tetapi peperiksaan PMR sebenarnya akan ditambahbaik. Pulak dah! Sumber

Sekalipun diberitahu ditambahbaik, tapi format dan bentuk peperiksaan juga masih tidak dijelaskan. Adakah masih sama? ataupun mempunyai format baru? Dah tentu lah ini mendatangkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa, murid dan guru sendiri. 

Tambah memeningkan kepala, hari ini saya menerima satu gambar
Whatsapp dari seorang rakan guru mengenai PPMR atau pun Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah yang khabarnya juga bakal diadakan pada tahun 2014!

Khabarnya juga, gambar tersebut diambil daripada slaid persembahan yang telah ditayangkan kepada pengetua-pengetua sekolah di sebuah negeri di Utara Semenanjung yang telah diberi taklimat mengenai peperiksaan tersebut.

PPMR Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah 2014


Jika diperhatikan masih mirip kepada seperti yang dikatakan pada apa yang bakal dilaksanakan dalam PBSMR, cuma namanya sahaja yang ditukar. Masih tiada penjelasan yang boleh membantu guru, murid dan ibubapa dalam memahami apa yang akan berlaku pada tahun ini!

Tak sampai seminggu sahaja lagi untuk persekolahan 2014 memulakan sesinya. Saya yakin dan pasti ramai di luar sana, termasuk ibubapa, murid dan guru yang bersungguh-sungguh mahu tahu apa yang sebenarnya dirancangkan oleh KPM untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2014.

Selagi teka teki ini masih belum terjawab, maka selagi itulah golongan ini akan terus mendesak mendapatkan kepastian. Ingat! pendidikan anak-anak, bukanlah satu perjudian!

Credits to CikguHailmi

Semoga Allah permudahkan urusan kita Amin...

© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03