let's not think about it.
Sabtu, 16 April 2016 @ 12:23 PG
Sahabat,
Aku sayang kau, kerana itu aku bicarakan.

Rasa resah dalam jiwa ini,
Anak mataku dalam sepi memerhati,
Ingin ku luahkan, ingin ku laungkan sekuat hati,
Wahai sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.

Ya, aku tahu,
Kebahagiaan fatamorgana yang tidak pasti yang 
kau dambakan,
Ya, aku mengerti,
Puji insan yang tidak kau cintai dan tidak kau kenali jadi 
garis panduan hidupmu.

Tidakkah tergetar,
Tidakkah tercalar,
Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih Tuhanmu,
yang rindukan taubatmu,
Rindu pada basah bibirmu,
Mengesakan Yang Esa,
Membesarkan Yang Besar.


© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03