let's not think about it.
Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 4:55 PG
 
Tahun ni tahun baru untuk wani. Sebab? Start bulan Feb tahun 2015 hidup baru wani start ngn skolah baru. Sejak wani pindah skolah, jd outsider, cari kwn baru, blajar ngn ckgu baru, tinggal di rumah setiap hari. Sebelum ni wani tinggal asrama jadual harian wani dah diatur dengan elok dah tapi start berubah time hari jumaat, waktu pagi masa tu semua pelajar pergi surau sebab ada ceramah, then lepas ceramah tu cikgu suruh pelajar form 4 tunggu kat surau and pelajar lain boleh masuk kelas masing2. Masa tu memang semua orang blur tengah fikir kesalahan masing2 dah buat sampai cikgu panggil. Lepas pelajar lain pergi cikgu suruh pelajar yang dapat 5A keatas, tiada subjek failed,  and Barab paling minimum C boleh keluar surau. Rasanya wani keluar seluar ka stay? hmm wani dapat 3A ja, Barab wani pula D so memang stay la kan. Straight to the point cikgu gitau kami yang ada dalam senarai cikgu gitau tu suruh pindah sekolah. Kau rasa? Kami nak cari sekolah baru dalam masa dua minggu bukan senang, dengan wani baru ja buat baju PSS tahun ni pakai sebulan ja. Sepatutnya cikgu gitau masa kami dapat result pt3 lagi senang kami nak mohon sekolah lain ni tidak gitau kami masa semua dah jadi macam keluarga. Start sini la wani berazam nak start hidup baru bagi dapat result daebak sampai cikgu menyesal suruh wani keluar dari sekolah tu.
My New Life Start Here...

Setelah berbincang dengan parents wani and guru kaunseling sekolah (kaunseling tak boleh diharap), wani mohon sekolah teknik dengan SMK Bukit Gambir. Sekolah bukit gambir ni antara sekolah yang dipilih untuk pertukaran pelajar ke antarabangsa tu yang hebat. Dua2 sekolah ni terima permohonan wani, wani pilih sekolah teknik sebabnya cita-cita wani nak jadi engineer so memang tempat yang betul untuk belajar yang kedua pula wani ada seorang kawan wani dari sekolah lama yang pindah sini juga. Well banyak dugaan yang wani terima, takpa Allah bagi ujian tanda Allah sayangkan kita kan :) Nanti wani post pasal sekolah baru wani pula yer.
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03